Aimuniliyana

Name
Ms Aimuniliyana bte Mohd Rahim

School / Organisation
PCF Sparkletots Preschool @ Woodlands Blk 730

Ms Aimuniliyana puts in substantial effort into preparing well-structured and interesting lessons. In order to achieve her lesson objectives, Ms Aimuniliyana provides her students with both clear instructions and interesting, age-appropriate materials. Under her guidance, the little ones are able to transit smoothly from one learning experience to another.

Always aware of the need for children to work collaboratively, Ms Aimumilyana painstakingly designs lessons that enable her children to interact with different class-members. Her creativity and resourcefulness ensures her lessons are lively and her children’s imagination are always stimulated through such activities as sing-along sessions and collaborative fishing.

Ms Aimuniliyana also devotes considerable effort to establishing a strong rapport with each of her children. Highly competent, confident and composed, she is always encouraging, patiently responding to any question any child raises.

Ms Aimuniliyana’s passion for teaching extends to her willingness to share her experiences with her colleagues. Her positive attitude towards the teaching of Mother Tongue truly makes her a role model for other Malay pre-school teachers.

Cikgu Aimuniliyana amat teliti apabila beliau menyediakan pelajaran yang berstruktur dan menarik. Arahan yang diberikan kepada murid-muridnya dilakukan dengan jelas supaya mencapai matlamat pelajarannya. Bahan pengajaran yang disediakan juga relevan dan menarik. Di bawah bimbingannya, kanak-kanak bergerak daripada satu aktiviti atau pengalaman pembelajaran ke pengalaman pembelajaran yang lain dengan licin sekali.

Cikgu Aimuniliyana menyedari bahawa kanak-kanak perlu diberikan peluang untuk bekerjasama. Justeru, beliau amat prihatin apabila mereka pengajaran yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan rakan-rakan sekelas. Kekreatifan dan kepintaran beliau memastikan pengajaran-pengajarannya bertenaga dan sentiasa berjaya merangsang imaginasi kanak-kanak melalui pelbagai aktiviti seperti sesi bernyanyi bersama-sama dan permainan memancing secara kolaboratif.

Sebagai guru, Cikgu Aimuniliyana berasa bahawa hubungan yang rapat dengan setiap anak didiknya amat penting sekali. Beliau cekap, yakin dan sentiasa memberikan galakan kepada kanak-kanak. Setiap pertanyaan yang diajukan oleh anak didiknya diberikan perhatian dengan baik.

Keghairahan Cikgu Aimuniliyana dalam bidang perguruan terserlah dalam keikhlasan beliau berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan sekerjanya. Sikap positifnya terhadap pengajaran Bahasa Ibunda menjadikannya suri teladan kepada para guru Bahasa Melayu prasekolah yang lain.

Back button
Our Journey

Jointly Organised By:

Supported By:

Jointly Organised By:

Ministry of Education, Singapore
Committe to Promote Chinese Language Learning
Malay Language Learning and Promotion Committee
Tamil Language Learning & Promotion Committee

Supported By:

Early Childhood Development Agency
Lee Kuan Yew Fund for Bilingualism
National Library Board, Singapore
Gen G
Tamil Murasu